Monday, October 31, 2011

11 more days to go..kau dan aku- SATU

Yes..11 more days to go...not sure sebenarnye excited ke or nervous ..
semua yang bernikah pasti ingin bahagia..tidak ade lain yg dipinta selain bahagia dan kasih syg..
sesungguhnye perkahwinan itu adalah perjudiankan...kita hanye mampu berdoa dan berusaha..

sejujurnya..aku masih lagi phobia dengan perkahwinan..
mungkin aku terlalu menaruh harapan..
expectation leads to frustration..thats what people said
namun..apelah lagi yang mungkin tinggal bile kite berhenti mengharap?
hidup akan sia2 tanpa matlamat tujuan dan keinginan bukan? mane mungkin aku berhenti mengharap jika demikian butuh kehidupan?andai fikiran boleh dihentikan..pasti itu yang pertama aku lakukan..

aku tak sempurna..
begitu juga dia dan kita semua..
kadang marah merosak senda..
kadang alpa mengguris jiwa...
kadang leka terabai rasa..
sehingga terluka separuh lagi jiwa...
Kerna..kau dan aku kan menjadi satu..
satu jiwa..satu rasa
satu bahagia..
satu segalanya..

Namun..
Bila kau dan aku menjadi "kita"
Bila kau dan aku bermaksud "satu"
Bila kau dan aku berkongsi "jiwa"
Bimbinglah aku ke jalanNya
Bentuklah aku menjadi suri impianmu
Pimpinlah tanganku ke bahagia sentiasa
Hiasi pipiku hanya dengan airmata gembira
Kasihilah aku apa adanya
Simbahlah marahku dengan sabarmu..
Sesungguhnya sabarmu itu yang melemahkan aku...

Kumahu kau tahu
Sekuat mana ku harungi hari-hari ku
Segagah mana ku lakukan apa sahaja untukmu
Semampu mana ku mungkin kelihatan bisa berbuat semuanya
Ku mahu kau tahu hanya satu..
Ku bisa lelah tidak berdaya
Ku pastikan kecewa memendam rasa
Andai separuh jiwaku tidak bangun dan jatuh bersama-sama

Yang kuperlukan adalah Kamu
Kerna kau adalah separuh jiwaku
Kerna kau adalah pelengkap hatiku
Kerna kau adalah pendamping yang tercipta buatku
Dan Aku
Aku hanyalah seorang...WANITA
Wanitamu..


No comments:

Post a Comment