Saturday, September 1, 2012

Kencing kotor ketika hamil @ UTI - Part 2

So basically, the next day we went to Parit Buntar jugak..What happened yesterday sakit perut sampai menangis2 sume tu dilupakan..ialah lagipun takde ape2 turun darah ke so maybe just normal braxton hicks..huhu

We arrived, makan nasi minyak and off we left to his sister house kat Seberang Jaya,Penang pulak..BAsically the plan was after kenduri kat parit buntar tu me husband and husband family over night kat rumah kakak sulung die kat penang satu hari..ahad tu balik laa...Dan disitulah segalanya BERMULAAAA..JEng3!!

Dalam perjalanan menuju ke rumah kakak die, aku da start rase pinggang da tangkap sakit balik..sampai rumah kakak die, akak die tanye kenapa dengan aku maybe sbb die tgk muke aku tekemut2 tahan sakit..aku ckp sakit pinggang sikit dambil buat muke cool..hahaha..akak die suruh aku baring, rumah die 2 tingkat tapi kat bawah tangga area ruang tamu ade katil..syukur aku tgk katil tu takyah aku nak naik atas sebb mmg tak larat tapi tetibe tepikir my mother in law pun kan tak sihat so I think I should naik atas dan pass the katil to her instead bile die sampai kejap lagi...huhu..takpe die lagi tak larat..

Sakit makin kuat, aku mandi dan solat sambil tunggu husband aku balik dari kedai, die g kedai temankan husband sis in law aku..bile die sampai je aku terus ckp kat die jangan tinggalkan aku da sebab aku da rase sgt2 sakit..huhu..aku naik atas, satu2 aku langkah tangga, lagipun mak ayah die dan adik2 suami dah pun sampai, mak nak baring sume sian die,takkan die nak baring kat sofa aku baring kat katil tu pulak..sob2

aku naik atas..kesakitan makin kuat,,dan kuat..dan sangat kuat..sampai aku menahan sambil airmata menitis laju..basah baju aku, basah jugak baju husband aku bile die peluk aku sambil aku terketar2 tahan sakit..sungguh, kesakitan itu sangat2 menusuk..mcm ade bende nak meletup di bahagian belakang pinggang kiri aku..

Jauh disudut hati, aku dapat rasakan this is not labour pain, this is something else..sbb aku sakit sebelah pinggang je  kot..mmg aku tak pasti tapi aku rase like 70% aku bukan nak bersalin, ni lain punyer sakit ni..Husband pulak asik ajak aku ke hospital sbb die kate sakit aku makin kerap..mmg sakit die mcm contraction, sekejap die tarikkkkkkk, kejap kang die ilang..pastu tetibe die tarikkkk lagi sampai menggigil2 satu badan aku menahan..in between tu aku asik ke tandas asik nak terkencinggggggggggggggg je..suami amikkan aku kurma la, kismis la, then bawakkan aku mee bandung kakak die masak..die kate mgkin sbb aku tak makan, sbb katenye mase sakit aritu pastu aku ckp nk makan mcd pas makan tu aku ok sikit katenye..hahaha..aku layankan..aku mkan mee bandung sume tapi still, sakit same je.. in fact lagi teruk dari 1st time aku kene semalam tu...aku nampak mate husband merah, seolah2 die menahan rase tak sanggup tgk aku mcm tu,,ke aku je yg perasan die sebenarnye tak kesian pun?cet!


Tibe2 husband aku ckp mil aku suh turun, alamak! mcm mane nak turun?! aku tgh tegigil2 tahan sakit ni..aduhaiii..keadaaan da mcm kelam kabut sbb die suh aku turun gak nk tgk nape aku sakit ke ape..aku mengalah, turun tangga pelan2 sambil cube buat2 cool, tapi gagal..:( aku tegigil2 dan turun tangga mcm org mmg tgh kesakitan yg teramat sgt..

Dan akhirnye keadaan jadi sgt kelam kabut, mil aku panik n suh aku pergi hospital sekrang jugak..ckp aku ni dah nak bersalin da ni..hahahah! kakak die buatkan milo, kakak lagi satu tanye nk ke hospital mane, lagi sorg amikkan sweater...fuh! sgt kelam kabut sume ingat aku nak bersalin...aku lak tgh menahan ketaqqqqqqqq..huhu

Akhirnya kami ke hospital bukit mertajam,,abg ipar die suruh ke swasta dekat rumah, aku yg tak nak, bukan ape aku rase aku belum nak bersalin, nnt tah ape2 dorg check, mahal je lebih..kami tak leh over spend dalam keadaan aku yg sakit2 tak menentu  skang ni..byk lagi nak pakai duit..

SO aku husband dan 2 kakak die ke Hospital BM, sampai je kuar kereta nurse tolak dgn kerusi roda, baring check bukaan, 1st time aku kene seluk..woohoooooooooo sakitttttttttttttttttt..but jalan tak bukak lagi, means aku bukan sakit nak bersalin la.. sikit sebanyak aku bersyukur gak jalan tak bukak, sbb aku nak baby aku betul2 matang sebelum die kuar..at least 37 weeks..mase ni aku baru nk masuk 36 weeks..huhu...

Nurse suruh aku tukar baju, aku kene tahan wad, suruh aku kencing die nak test urine, dan suh husband aku uruskan kemasukan aku ke wad di kaunter pendaftaran..aku masih lagi sakit..teketar, sambil mulut asik beristigfar dan baca doa nabi yunus..huhu..sedih bile ingt balik..

Aku da tukar baju, husband aku da daftarkan, die masuk wad jumpe aku, terus airmata aku laju mengalir aku ckp aku nk balik.. aku tak leh tido kat wad..mcm mane la aku nak tido kat wad, tido kat umah pun bermasalah, husband yg tolong aku bangun etc malam2 kalo nk change position or nk bangun kencing, kat sepital sape nk tolong??takkan nak jerit2 panggil nurse dok depan tu,,huuhu..aku betul2 rase mcm nak mati je time tu..dgn sakit yg menusuk2, kene tinggal lak sesorg,,oh..sadis...

husband aku kene balik, nak amik bende2 lain yg perlu, sabun berus gigi and bantal..aku pulak ditolak ke bilik scan..doc scan and said sume ok, cume maybe aku kene urine infection..

Basically malam tu aku tido duduk je kat katil..supaya senang aku nak bangun..lagipun aku mmg tak leh baring..sakit segala sendi aku lagipun aku perlu ketandas selalu so baik aku tido duduk je kat kerusi..aku suruh husband aku berehat je kat rumah tak payah datang,,sian die, penat die..kadang2 aku rase bersalah sbb selalu susahkan die, bangun malam2 utk aku, urut sane sini kalau aku sakit, ni tak cukup rehat aku lak masuk sepital..haih,,aku ckp esok je dtg..kalo die dtg pun die tak leh buat ape, setakat tunggu aku kat luar hospital bukan boleh masuk, aku pun bukan nak bersalin lagi..huhu

Esoknye aku insist nak balik, tak tenang hati aku berada jauh dari rumah,,mcm mane pun kat rumah sndiri or tempat sendiri lagi selese dan senang, lagipun laki aku kerja,,aku tak nak kerja die terganggu tak pasal2 sbb aku..So lepas dokter ceramah tak kasi kuar hospital sbb ape, risiko2 aku kalo keluar hospital ape, kami berjaya jugak balik lepas sain surat yg hospital takkan bertanggungjawab kalau jadi pape kat aku,,.,huhu..doc jugak buat satu surat rujukan utk aku bawak ke hospital atau klinik lain utk rawatan susulan sesampainye kami di manjung nanti...

Maka bermula lah perjalanan balik yg sangat menyakitkan kerana gegaran dari dlm kereta rupa2nya adalah salah satu punca yg trigger kesakitan pinggang aku..sian husband aku..die sgt bersabar dengan setiap tangisan tahan sakit aku dan melayan aku agar aku seselesa yg mungkin..Alhamdullilah, kami selamat sampai..

Aku terlalu meghargai setiap perhatian dan kasih syg yg die tunjukkan pada aku...Terima kasih sayang..Terharu..

Saya selalu menangis, saya nak awk tau saya menangis sbb..

Saya rase kecewa dengan diri sendiri sbb tak cukup kuat
Saya rase kecewa sebab saya da susahkan suami saya.. :(
Saya rase kecewa sbb saya sering gagal bertahan untuk baby dalam kandungan saya
Sebab saya rase sangat penatttttttt...  huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

We went to private clinic and doctor said that buah pinggang aku da terkene jangkitan + kandungan yg besar menghimpit saluran kencing dan menyebabkan air kencing tidak turun smoothly dan menggalakkan kuman membiak...no wonder kesakitan yg melampau,,sbb jangkitan bukan hanya di pundi kencing, tapi telah naik hingga ke buah pinggang,,thats explained sakit aku di pinggang,,dan setakat ni hanya sebelah sahaja terkene jangkitan and that is also y aku asik nak terkencingggggggg je..sbb air kencing tu tak turun lancorrrrrrrr

Setelah puas membebel, bawah ni ade sedikit penerangan dari blog Dr Zubaidi berkenaan kencing kotor :)


Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

13/12/2010
By drzubaidi

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.

Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda.
Alah ikut je lah arahan doktor…”
Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya.

Kencing kotor’

Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan yang amat pedas ini tidak menepati makna perkataan itu sendiri.
Menyusahkan” hanya untuk suatu perbuatan yang tidak perlu tetapi diadakan untuk merumitkan keadaan. Sebagai contoh jika seorang lelaki atau wanita yang mahu berkahwin, mereka harus menjalani ujian HIV. Ianya perlu untuk mecegah penyakit itu merebak pada pasangan mereka.Namun jika mereka perlu menjalani ’kursus menurunkan berat badan’ untuk meningkatkan stamina sebelum kahwin, maka ia menyusahkan.
Jadi adakah pemeriksaan air kencing bagi wanita hamil pada setiap pemeriksaan berkala adalah suatu yang tidak perlu? Membazir, malah menyusahkan?
Agaknya kalau ditanya pada ibu-ibu yang hamil atau wanita yang mempunyai anak lima tentang ’kencing kotor’, pasti mereka tidak pasti apa sebenarnya keadaan itu.
Adakah kencing kotor bermakna air kencing mereka tidak jernih, berkeladak dan bersampah sarap? Oh tidak …
Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .
Doktor, kenapa saya selalu dapat kencing kotor?” Tanya seorang wanita kepada saya.
Kencing kotor ini merbahaya ke? Sampai boleh kena sakit buah pinggang?” bertalu-talu soalan ditanya sebelum saya sempat menjawab.

Kuman dari lubang jubur

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama  di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.
Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.
Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.
Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.
Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethraadalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.
Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
EPP
Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakanpyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.

Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.
1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.
Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agarbuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)


No comments:

Post a Comment