Tuesday, August 28, 2012

Kencing kotor ketika hamil @ UTI

Itu lah yang aku deritai saat ini..sungguh, sakitnya tidak tertanggung..Semoga Allah memberikan aku kekuatan melalui ujian yang diberiNya ini,,

Bermula rase sedikit sakit mase ondaway balik Melaka cuti raye,,rase sengal2 sahaja di bahagian pinggang...kali ke 2 ketika ondaway pulang dari melaka ke perak..rase yg same tapi sedikit kuat,,Aku sangkakan aku sakit sebab jarak perjalanan 6jam melaka-perak ditambah dengan kehamilan aku yg sarat...so mungkin duduk lame sangat dlm kereta sakit pinggang..aku tak berapa hiraukan sebab sakit tu datang dan hilang..

Kali ketiga adalah yg ke dua paling kuat sakit die..haaaaa..boleh tak mcm tu?ade tahap2 kesakitan serangan ye..bahahha ...Aku dan suami sampai ke Perak dari Melaka hari Khamis dalam pukul 1am. Aku keje Khamis tu. Jumaat pun aku keje dan balik keje tu kononnya nak cari baju untuk ke kenduri kahwin saudara suami di Parit Buntar.Maklumla org mengandung kekurangan baju yg senonoh sikit utk ke kenduri. So kami pun ke kedai baju lepas kerja da saat itulah aku rase kesakitan yg amat sgt.

Aku gagahkan berjalan carik baju dari satu kedai ke kedai lain dalam sakit2 tu...tak jumpe, then husband bawak ke satu kawasan lain, die turunkan aku dan pergi parking kereta.dari tempat die turunkan aku tu aku boleh tak bergerak dan menahan sakit yg tibe2 memuncak..sakit yg menyucuk dari pinggang belakang ke hadapan...aku ketap bibir tahan sakit, sambil mata da berkaca, aku berdoa cepatlah husband aku sampai, dan bile aku nampak die keluar dr kereta menuju ke arah aku terus air mata aku laju keluar dan aku katakan aku nak balik sakit sangattttttttt.. :(

Die patah balik amik kereta dan menuju kerumah bile tibe2 aku kata aku nak makan macd...hahah...sebab aku betul2 ingat aku nk bersalin da,,aku teringin nak makan double cheese burger!boleh tak mcm tu??bahaahhhah!! aku mkan burger, nuget n sundae con..sambil menggigil2 menahan sakit..husband aku tengok je sambil ajak aku ke hospital..aku ckp xnak sbb aku leh tahan lagi sakit die..haha!

So basically after that kami balik rumah dan kesakitan tu makin kurang,,alhamdullilah..dlm hati aku kate mungkin just contraction biasa je .. huhu...walaupun dalam hati aku agak berdebar menunggu esok kerana esoknya kami akan ke parit buntar ade kenduri saudara hubby,,,aku rase sangat tak larat nak pergi..tapi demi nak jaga hati, aku gagahi juga, takut nanti ade yg kate aku sengaja tak nak beraya dengan side husband,,,huhu,,

to be continued jap lagi ye 2nd entry,,perut ni memulas2 pulak..hihi

Thursday, August 2, 2012

Our 1st Zakat Fitrah as husband and wife :)

Sejuk hati ini tatkal melihat suami tersayang membayar zakat fitrah untuk pertama kalinya sebagai suami.   
 Zakat untuk kami berdua, dirinya dan aku sebagai isterinya ^_^ 

Next year kene bayar untuk 3 org. ye b... 
Our soon to be born baby is coming in 1 month +!! weehooo!!!



Baca doa lepas selesai :)
A little explaination about zakat fitrah untuk lebih jelas :)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Kadar Fitrah
Bagi tahun berakhir 2009 Masihi/1430 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM7.00 seorang.
Syarat Zakat Fitrah
1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala.

Sekian :)