Friday, July 27, 2012

Secara rasminya - I am 8 month preggy..1 and a half month to go..dup dap dup dap

How time flies...

I am 8 month pregy today!ohemmmmgeee..huhuhu...cant wait to see my little miracle inside me..

Anak ibu, nanti keluar dengan sihat dan selamat ye..keluar nanti jangan kasi ibu sakit ea..huhu

Memang aku takut..takutkan proses bersalin..tapi aku tau aku harus laluinya juga..by hook or by crook i still have to birth the baby out from my body when the time comes..Hanya berharap Allah SWT mempermudahkan segalanya..

I am hoping for a natural delivery with NOOOOOOO episiotomy cut or any drugs if possible.. sangat takut..Ya Allah kau makbulkan la doaku...

Tapi, seandainya perut ini terpaksa dibedah, atau episiotomy cut diperlukan, atau keperluan sebarang bantuan perubatan, aku pasrah..aku rela demi melihat anak aku selamat dan sempurna lahir di dunia :)

DOAKAN SAYA MELAHIRKAN DENGAN CEPAT DAN SELAMAT DENGAN IZIN ALLAH SWT.. AMINN


For those who is still new with the words *EPISIOTOMY* , kat bawah ni ade penerangan die.. taken from blog Dr Zubaidi..http://drzubaidi.com/blog/?p=2904


Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?”
“Maksud puan, episiotomi kah?”
“Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?”
“Puan rasa sakitkah?”
“Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?”

Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj.
Di kebanyakan negara maju, episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat  tidak lagi mengamalkan episiotomy secara rutin dan hanya melakukannya sebagai pilihan terakhir.
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1973, seramai 31% wanita yang melahirkan anak di hospital di sana tidak menerima episiotomi dan bilangannya menjadi 56% pada tahun 1979. Ini bermakna episiotomy semakin kurang dilakukan.
Saya bersetuju dengan penerangan rakan FB ini. Kemudaratan harus dielakkan. Apatah lagi luka episiotomi sukar dijaga. Namun melakukan episiotomi dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.
Kemudaratan yang lebih besar boleh berlaku ketika bayi mula keluar dari faraj, regangan pada bahagian ini menyebabkan koyakan dan luka berlaku tanpa kawalan. Ini dinamakan perineal tear.
Jika luka ini melibatkan saluran darah, ia menyebabkan pendarahan yang banyak. Luka yang berlaku akibatan koyakan yang tidak dikawal boleh berpanjangan sehingga ke lubang dubur, menyebabkan luka yang besar dari faraj ke lubang dubur.
Oleh itu koyakan yang besar dan pendarahan yang banyak cuba dielakkan dengan menggunting bahagian perineum agar luka ini lebih kecil dan terkawal. Inilah tujuan melakukan episiotomy. Bayi juga dapat  dikeluarkan secara cepat dan selamat.
Sesetengah doktor yang berpengalaman cuba mengelak dari melakukan episiotomi kerana luka ini menyakitkan, boleh menyebabkan rasa sukar membuang air besar dan kencing, serta lukanya lambat sembuh. Ia adalah pilihan terakhir bagi mengeluarkan bayi yang besar, dan sukar dikeluarkan.
Episiotomi boleh dielakkan jika doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi melakukan renggangan pada bahagian faraj. Teknik ini dinamakan ‘vaginal swap’ atau ‘perineal massage’ di mana doktor akan memasukkan dua jari ke dalam faraj dan merenggangkannya. Ini membantu otot faraj menjadi lebih relaks sebelum kepala bayi keluar melaluinya.
Luka episiotomi selalunya akan dijahit bagi merapatkan semua tisu yang telah terkoyak dan ini mempercepatkan penyembuhan luka. Jika wanita yang melahirkan bayi tadi tidak diberikan epidural analgesia, maka doktor akan memberikan suntikan bius pada luka tersebut sebelum menjahitnya. Jika bius yang diberikan tidak mencukupi, beritahulah doktor agar lebih banyak suntikan bius dapat diberikan.
Namun begitu, proses penyembuhan luka episiotomi yang selalunya lebih sukar untuk sembuh kerana kawasan luka itu basah dan ‘lebih kotor’.
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan penyembuhan ialah:
  1. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak.
  2. Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.
  3. Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah keringkan. Untuk itu pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.
  4. Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
  5. Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  6. Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak.
  7. Luka episiotomy dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Jika tidak pasti sama ada luka telah sembuh atau tidak, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan setelah habis waktu pantang atau selepas enam minggu dari waktu melahirkan anak.
Apabila telah sembuh dan darah nifas telah kering, maka bolehlah menjalankan hubungan intim bersama suami. Berteruslah terang pada suami jika tidak merasa selesa atau sakit.
Rasa tidak selesa dan rasa kekeringan adalah antara rungutan yang selalu ditanyakan kepada saya. Saya mencadangkan gunakanlah pelincir seperti K-Y Jelly. Ini akan menyebabkan faraj lebih licin dan tidak menyakitkan.
Perasaan tidak selesa ini juga dapat dikurangkan dengan bersikap tenang ketika bersama suami. Mandilah dengan air suam sebelum bersama suami untuk melembutkan otot tubuh dan lakukan mukadimah jimak (foreplay) pada kadar yang lebih lama supaya lendiran faraj keluar secukupnya. Ubahlah kedudukan dan posisi untuk bagi mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa.
Wallahu a’lam.



Tuesday, July 24, 2012

Doa untukmu, Anakku..






Baby..

Ibu tak sabar jumpe anak ibu..Membesarlah kamu dengan sihat dan sempurna dengan izin Allah yg memberikan kamu segala kebaikan..

 Setiap kali lepas solat..ibu selalu doakan kesihatan dan kesejahteraanmu...

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Ibu Sayang kamu.. ♥

Friday, July 20, 2012

Demimu..Anak Ibu

Anak ku..

Disaat ibu menulis post ini..usiamu didalam rahimku - 31 minggu

Ketika usia mu 31 minggu, badan ibu tidak lagi kuat membawamu...tapi..ibu gagahkan juga..sambil berharap ibu akan sentiasa mampu bertahan hingga kamu lahir kedunia dengan sihat dan selamat...

Jalan ibu tidak lagi sesempurna dulu seawal usia mu 3 bulan....kini jalan ibu lebih teruk lagi,,ade yg panggil jln peguin, jalan itik..hihi,,,kelakar kan? Semua kerna perut ibu semakin membesar dan regangan2 yg terjadi ditulang2 dan urat2 sekitar pelvik ibu,,

Oh ya, pergelangan tangan ibu, sakit..ibu bertanya dokter puncanye, sbb ibu tak jatuh atau buat kerja berat..kata dokter ini mungkin simptom pembawakan bayi,,kerna ade antara ibu2 lain menghadapi simptom yg same..pernah satu pagi ibu menangis kerna sakit yg amat sangat di pergelangan tgn itu dan ibu tak mampu ikat rambut ibu sendiri kerna terlalu sakit rasenye...sepinggan nasi juga terlalu berat utk dipegang...

Syukur ayah kamu ade..die yg banyak tolong ibu..die ikatkan rambut ibu, tapi serabut jadinye,,,serabai..ayahkan lelaki, mane tau ikat rambut..ibu pergi perja dengan rambut dlm tudung yang hampir terburai ikatannye...hahaha

Malam2 ibu tidurnye tidak lagi lena kini...tersedar dan mengerang kesakitan pinggang, senak perut, tak cukup nafas, semua itu telah jadi rutin menemani malam2 ibu...hanya ayah yg tahu, ( tapi kadangkala ayah tak tahu sebab die tidur tak sedar diri..hihi )kadang2 rase ingin menitiskan airmata..bukan ibu sedih atau menyesal mengandungkan kamu, tapi ibu sedih kerna badan ini terlalu lemah dan kadangkala rasa tidak mampu bertahan..Sering ibu berdoa pada Allah SWT, berikan lah ibu kekuatan..walau rasa kini tidak terdaya badan ini, tapi ibu mohon Allah kuatkan semangat ibu hingga baby lahir sempurna sihat dan selamat..Demi melihat kamu lahir dengan sempurna sebagai anak ibu..ibu akan bertahan walau 10 tahun lagi :)

Anakku..kini ade 9 lagi minggu sebelum ibu jumpe kamu..menurut dokter beratmu sekarang hanya 1.2kg, sedikit ringan dan ibu agak risau, tapi menurut dokter ini normal cume kamu sedikit kecil..dan berat keseluruhan kandungan ini termasuk darah, uri, air ketuban etc, dokter anggarkan 5-6kg..
Boleh bayangkan ibu bawak seberat itu hari2 walau kemana jua?Dan kate dokter lagi minggu terakhir ini jumlah berat kandungan ibu akan mencecah 12kilo..Semoga ibu kuat untuk melaluinye demi kamu..

Saat ibu menaip ini, belakang ibu rasa terlalu sakit..lenguh seperti biasa..tekak ibu terasa terlalu dahaga..dan hari ini adalah hari pertama puasa..Ibu harap ibu mampu puasa penuh..ibu harap kamu juga dapat puasa bersama ibu ye anak? Sama2 kita jalani ibadah ini..Ibu pasti kamu kuat :)

Sihat2 didalam sane ye anakku, ibu sayang kamu...

Anak ibu 28weeks

Sunday, July 1, 2012

Homemade Steambot Tomyam Yam Yam! hihi

It was  a day after office hour...both of us was very hungry and thinking of should we have for our dinner...


Lapaqqqqq!!

Memandang kan I am  an all time feveret home cooking person..maka kami pun berfikir apa nak masak... Then I felt like doing steambot .. my hubby agree!!!  ~ Yeay ~

So we went to tesco to purchased all the bola2 and mushroom, some chicken, prawn, while in my heart I was hoping that my 1st time home cook steambot menjadik..kih3

We reach home..I quicky masak the tom yam soup and get all the stuff ready..and


TADA!!!!!!!!!!!!!


Our Steambot is READY!!!


Dan sesungguhnya kami sangat kekenyangan dan sangat puas hati... and guess what?! We spent less than RM 20 untuk semua ni yg sgt kenyang melampau okeh! So I guess lagi jimat daripada kite makan buffet steambot per head pun the cheapest RM 20++ kan?

Save duit! Clap3...


Eh my soon to be baby pun clap la!! seeee!! heheheh




So moral of the story..next time leh buat lagi...we can save a lot and eat sepuas hati :)

Selamat mencube!*tetibe*